Blogger Template by Blogcrowds

7 Jenis Wajah Mayat Di Dalam Kubur


Renungan untuk kalian....


7 jenis wajah mayat di dalam kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.


2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa
hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat
lima waktu. Lalai dalam solatnya.
( kalau macam ni syarat dia
mungkin
hampir semua mayat jadi muka babi... ) Sesungguhnya
solat dapat
mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan
ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat
juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi
kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang
telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii... . Kalau
kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak
silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari
kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?


3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah
mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.


4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang
semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram
banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram.
Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang
haram.


5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi,
mengata orang
dan mengumpat orang.


6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya
lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.


7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Moga Tuhan menjadikan kita seperti golongan yang ketujuh... Walaupun dirasakan diri ini amatlah tidak layak sekali... Kabulkanlah permintaan kami ya ALLAH...

1 LuaHaN hAti..:

teruskan berblog ya akhi...
berdakwah melalui media ini... perjuangan Islam kita selitkan dan kita meriahkan alm cyber dengan ramainya blogger Islamic...

March 4, 2011 at 12:22 AM  

Older Post Home

Nahnu lapar... T-T