Assalaamualaikum wahai sahabat2ku yang dikasihi... Maaf ya... Ana sekadar ingin b'kongsi apa yang telah t'lintas di dalam benak fikiran ana yang agak kecil ini..
Baru2 ini pusat pengajian ana sedang kuat berusaha menyebarkan da'wah untuk menarik mahasiswa2 kami utk sama2 menjejakkan kaki ke baitullah yang mulia. Alhamdulillah... Para2 da'ie di tempat ana mmg betul2 semangat dlm kerja ni. Bak kata org T'ganu, smangat GILER!! Ana yang serba dhaif ini pun selalu ktinggalan dalam menunaikan solat jemaah ini dan yang paling payah sekali semestinya Solat Fajar ( subuh ).. Memang masih banyak lagi daki2 munafik yg masih blum dibersihkan dari hati ana. Doakanlah ana supaya mudah berubah.
Tetapi, apa yg selalu b'main di hati ana... Adakah setiap kali kita yang rajin untuk m'jejakkan kaki ke masjid itu hanya kerana Allah semata2?
Ataupun adakah ianya kerana adat dan suasana..?

Ataupun kerana pengaruh rakan2..?
Ataupun kerana pangkat yg dipegang..?
Ataupun takut disindir org..?
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Sahabat ana Saiful.. Ana pggil die Pon. hehe.. Die pernah b'kata bahawa sekecil2 amalan mungkin boleh membawa kita ke syurga jika dibandingkan dengan amalan2 wajib yg pernah kita buat.. Kenapa? Kerana amalan2 wajib atau sunat yg selalu kita buat tersebut mungkin sudah m'jadi adat bagi kita... Langsung tiada nilai keikhlasan dan harga di sisi Allah S.W.T.. Mungkin amalan yang kita buat sambil lewa itulah amalan yang paling ikhlas kita buat. Oleh itu... Bagi sesiapa yg rajin ke surau, ingatlah utk m'betulkan niat sebelum melangkahkan kaki kanan t'sebut. Tukarlah dari niat adat semata2 kepada niat ikhlas kepada Allah supaya amalan kita ada nilai di sisi-Nya..
Ehm.. Ingin ana ceritakan sedikit sewaktu peperangan Arab-Is
Baiklah... Kalau kita lihat semula para jemaah solat di kampung kita, berapa kerat sahaja yang terdiri dari pemuda Islam? Mungkin hanya terdapat seorang sahaja pemuda daripada 10 orang pakcik ataupun tokki2 yang solat di surau. Ataupun adakah diri kita sendiri ini termasuk daripada 2-3 pemuda yang menghadiri solat Jemaah di surau??
Bagaimana untuk mengenali diri sendiri...? Adakah kita ini betul2 ikhlas ataupun hanya bertopengkan lakonan munafik semata2..? Senang sekali wahai sahabatku..
Tanyalah diri kita sendiri adakah amalan diri kita di rumah ataupun sewaktu berseorangan sama dengan diri kita sewaktu bersama rakan2 kita..? Rajin ke surau apabila berada di dalam lingkungan sahabat2, namun malas sekali apabila berseorangan di rumah... Itulah sebenarnya tanda kemunafikan yang selalu kita cuba nafikan berada bersama dengan kita. Marilah kita semua termasuk diri ana yang faqir sekali sama2 berubah supaya sentiasa membuat sesuatu amalan itu bukan kerana SUASANA tetapi kerana ALLAH S.W.T...
Oleh itu... Di manakah kita sekarang? Di bahagian yang menjatuhkan dan melemahkan Islam atau di bahagian yang bakal membawa Islam ke mercu kemenangan? Moga kita dapat m'ubahkan diri kita demi Allah... Sesungguhnya kita semua bakal ditanya dan disoal tentang waktu muda kita. Oleh itu jgnlah ia terisi dengan khayalan semata2. BANGUNLAH WAHAI SYABABUL MUSLIMIN!!! SAMBUTLAH SERUAN JIHAD SAUDARA2MU YG KIAN B'KUMANDANG DI SELURUH BUMI ALLAH SEKARANG!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)












0 LuaHaN hAti..:
Post a Comment