Blogger Template by Blogcrowds

SuNNaH seWaKtu TiDuR . . .


Antara Sunnah-

sunnah Nabi saw

sebelum, ketika

dan selepas tidur :-


1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Tutup aurat ketika tidur.

Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Sesungguhnya wanita muslimat
yang bernilai dan mulia itu
ibarat mawar berduri...



Menawan, sejuk mata memandang...
tetapi sukar utk dikacau dan didekati...
hanya akan berjaya dimiliki oleh
lelaki yang bergelar 'suami'...




Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dgn wanita ajnabi. Tips ini khasnya ditujukan kpd kaum Adam tetapi tidak terkecuali juga kpd kaum Hawa krn isinya amat 'menikam' kdua2 belah pihak... Tips2 ni telah dikongsi oleh seorang sahabat yg amat disenangi oleh kaum muslimin dan disegani oleh kaum muslimat. Semoga kita dpt mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama2 lah kita menjaga hati.

1. Elakkan berurusan dgn muslimat. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn ikhwan, mintalah tolong dari ikhwan.

Tak payahlah gatal2 mulut nak minta tolong dgn kaum Hawa. Setakat nak bincang study atau pinjam buku, dgn kawan pun boleh. Jgn buat alasan2 yang tak masuk akal. Itu semua tidak lain tidak bukan hanyalah rengekan manja hawa nafsu semata2.


2. Kalau terpaksa contact orang muslimat, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar.

"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik"

Oleh itu kita sbg kaum muslimin perlu berjaga2 dgn suara org perempuan, lebih2 lagi muslimat yang suka buat suara mendayu2 tu. Silap haribulan boleh tak tidur duduk terbayangkan suara si dia tiap2 malam...

Ingatlah sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur'an surah Al-Ahzab ayat 32:


3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn muslimat, kita sepatutnya merasa malu yang amat! Bukan kepada muslimat tersebut, tapi kerana takut pada Allah. Hal ini kerana kita adalah seorang khalifah di muka bumi Allah. Oleh itu, bila nak bercommunicate tu pandai2 la jaga adab2 ikhtilat. Supaya kita dapat menjaga thiqoh (tanggapan orang) kita di hadapan muslimat demi menjadi seorang muslimin manTOP yang dapat memimpin mereka.

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita".Malulah kalau kita tewas di hadapan mereka yakni apabila hati sudah mula berbisik perkara yang bukan2 sewaktu berurusan dgn mereka. Contohnya seperti , ”Eh, boleh tahan jugak budak ni.” Ataupun “Lembutnyer suara die…” lepas tu mula la zina hati. Nauzubillahiminzalik… Supaya kita dijauhkan drpd dilalaikan sebegitu rupa. Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang sudah diamanah kepada pihak kita.


4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn mata pelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; "make eye contact with the person you're talking to". bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; "....Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.." Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kalau susah sangat tengok je bawah tanah tak pun sebelah kanan ataupun kiri sedare. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat.


5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students / org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate wanita. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.


Kita sbg muslimin sepatutnya menjadi seorang pemimpin yang mantap di hadapan kaum muslimat, bukannya lagho di hadapan muka mereka. Inikan tidak, lepas berurusan aje, mulalah berimaginasi tak sudah2 dekat bilik. Hati mula berkarat, iman pulak cair, mujahadah pulak hancus, pastu nafsu mula ditabalkan sbg raja. Mana perginya seorang pemimpin yang diperlukan oleh golongan muslimat akhir zaman? Kerana itulah kepentingan ikhtilat perlulah dijaga bersungguh2, bukan dijadikan permainan semata2 kerana setiap sesuatu permulaan zina itu bermula dgn kehadiran urusan di antara dua insan yang ajnabi. Inni akhofuLLAH… Wa LA TAQROBU ZINA, no matter what the cost.



Bisikan Rahsia



Buat paparan pertama ana
di dalam blog ana ini,

... sukalah ana utk memetik
beberapa kata hikmah dari
Kitab Bisikan Sirr karangan
al-Faqir ilallah Haji Ibrahim..
Buku yg telah banyak berjasa kpd
ana sewaktu sekolah menengah dahulu..


Kali ini berkaitan dengan NAFSU AMMARAH...








Petikan Sirr 12


  • “Dunia bukanlah syurga. Mereka yang mencintai dunia adalah mencintai penderitaan.
  • Penderitaan berpunca dari nafsu dan akal. Mereka yang tiada memiliki keduanya adalah bebas dari merasai apa yang berlaku. Akal menangkap peristiwa, hati menerima dan mengolahkannya.
  • Jika hati bernafsu ammarah, segala peristiwa akan diolah oleh nafsu ammarah. Maka jiwanya tidak pernah kenal diam dari merungut, kecewa, dengki, marah, dendam dan kesedihan. Hatinya tidak akan tenang walaupun memiliki segunung emas.
  • Nafsu ammarah adalah punca penderitaan insan. Lihatlah dunia hari ini yang penuh penderitaan. Ia adalah lontaran nafsu ammarah yang ada dalam diri ramai manusia dan pemimpin dunia. Nafsu tamak, angkuh dan gilakan kekuasaan, tiada belas kasihan adalah pendorong kepada kemusnahan alam.
  • Nafsu ammarah adalah sebahagian nyalaan api neraka yang ada dalam diri insan. Ia sentiasa membakar hati dan akal, maka lahirlah tekanan dalam kehidupan.”

“Apakah kamu lihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara ke atasnya?” (Al-Furqan: 4)

Newer Posts Home

Nahnu lapar... T-T